Buru, siasat dalang musnah Ramsar

LocalEnvironment
22 Sep 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Buru, siasat dalang musnah Ramsar

KUANTAN – Penerokaan tanah di Hutan Simpan Kekal Tasik Bera tidak boleh dipandang ringan, malah dalang di sebalik kemusnahan khazanah alam itu perlu ­diburu, disiasat secara menyeluruh ­seterusnya dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi.

Susulan itu, pelbagai pihak mahu agensi berkaitan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan segera bagi mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab memusnahkan Tapak Lembap Berkepen­tingan Antarabangsa (Ramsar) itu.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rak­yat, Datuk Seri Ramli Mohd. Nor berkata, siasatan menyeluruh sehingga ke akar umbi perlu dilakukan bagi mengenal pasti dalang sebenar yang mempergunakan Orang Asli.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Came­ron Highlands berkata, jika siasatan mengesahkan berlaku penerokaan secara haram, tindakan tegas perlu diambil termasuk merampas kawasan berkenaan dan memulihkannya sebagai hutan simpan.

“Biarlah pihak berkuasa me­nyiasat, jangan kita buat kesimpulan dan jangan kita datang dengan pendapat yang mengatakan sebegini sehingga menggelisahkan masyarakat dan Orang Asli.

“Bagi saya, lebih praktikal biar badan berkaitan menyiasat untuk sahkan masalah sebenar. Saya tidak mahu letak anggapan orang ini macam ini, orang itu macam itu,” katanya kepada Kos­mo!.

Ramli yang merupakan antara wakil Orang Asli di negara ini berkata, jika penerokaan berskala besar itu berlaku, siasatan perlu juga menjurus kepada sumber kewangan, kaedah pembukaan tanah

serta pihak yang mengurus dan menjual hasil tanaman bagi mengenal pasti rantaian sebenar kegiatan tersebut.

“Kalau betul orang Asli ini, daripada mana duit dia dapat, macam mana dia buka, selama ini macam mana dia jual kelapa sawit itu, akan terpecah,” katanya.

Baru-baru ini, Kosmo! mela­porkan Tapak Ramsar yang diiktiraf sejak 1994 itu kini berhadapan ancaman serius apabila lebih 7,000 hektar kawasan dikatakan diteroka secara haram dengan tanaman sawit, getah dan pelbagai tanaman lain

Pencerobohan itu dipercayai dilakukan oleh dalang atau sindiket berselindung di sebalik nama Orang Asli yang mempergunakan mereka melalui penggunaan isu tanah adat dan juga kawasan rayau etnik itu bagi membuka tanah secara haram.

The post Buru, siasat dalang musnah Ramsar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved