Buruh didakwa ‘pegang’ badan adik perempuan

19 Oct 2026 • 1:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Buruh didakwa ‘pegang’ badan adik perempuan

KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap adik perempuannya yang berusia 17 tahun di sebuah rumah di Machang dekat sini pada Disember dan April lalu.

Tertuduh yang berusia 27 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual dengan menyentuh bahagian badan seorang kanak-kanak perempuan yang ketika kejadian berusia 16 tahun 11 bulan dan 17 tahun dua bulan.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Air Belaga, Banggol Judah dekat Machang kira-kira pukul 8 malam hingga 9 malam pada Disember 2025 dan April 2026.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Arina Razali manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Zuhaidie Akmal Hasan Basri.

Terdahulu, Siti Arina mencadangkan ikat jamin RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan mengabil kira hubungan tertuduh dan mangsa adalah adik-beradik.

Zuhaidie Akmal dalam rayuannya memohon jaminan yang minimum dengan alasan tertuduh yang masih bujang hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM1,200 sebulan.

“Tertuduh bekerja sebagai buruh dengan bapa saudaranya dan tinggal Pangkal Meleret, Machang. Mangsa dalam kes ini yang merupakan adiknya tinggal di Kampung Air Belaga dengan jarak kedua-dua lokasi itu kira-kira 10 kilometer.

“Tertuduh juga sudah memberi kerjasama selepas dibebaskan dengan jamin polis pada September lalu. Justeru, tiada kemungkinan untuk tertuduh mengganggu mangsa,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di Balai Polis Machang dua bulan sekali, tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Mahkamah turut menetapkan 17 November depan untuk sebutan semula kes dan tertuduh membayar ikat jamin tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Buruh didakwa ‘pegang’ badan adik perempuan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved