Buruh ladang mengaku bersalah cuba bunuh isteri

9 Aug 2023 • 3:08 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BUTTERWORTH: Seorang buruh ladang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan cuba membunuh isterinya pada bulan lepas.

Hakim Zulhazmi Abdullah, bagaimanapun belum menjatuhkan hukuman terhadap R. Rethinasamy, 36, kerana menunggu laporan perubatan tertuduh.

Rethinasamy didakwa cuba membunuh dengan membakar isterinya di Ladang Mayfield, Tasek Gelugor pada 31 Julai lepas sehingga mengakibatkan kecederaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 Sept ini serahan laporan perubatan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh memandangkan tahap keseriusan kes tersebut.

“Saya menentang sekeras-kerasnya tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin memandangkan mangsa adalah isterinya sendiri yang kini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang, melecur tahap ketiga hampir seluruh badan dan masih belum sedarkan diri,“ katanya.

Rethinasamy yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - Bernama