Buruh maut kena serangan jantung ketika pasang tangki septik

9 Sep 2026 • 8:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Buruh maut kena serangan jantung ketika pasang tangki septik

KOTA BHARU – Seorang buruh maut di dalam kawasan lubang sedalam kira-kira dua meter selepas mengalami serangan jantung ketika sedang menjalankan kerja memasang tangki septik di sebuah rumah di Taman Permai Demit, Kubang Kerian di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 petang itu, mangsa, Zakari Mat Jusoh, 48, disahkan meninggal dunia selepas tidak sedarkan ketika berada di dalam kawasan lubang tersebut.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Mohd. Ridzuan Baharudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.28 petang sebelum anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri.

“Mangsa dibawa keluar dari lubang berkenaan untuk pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan.

“Lelaki itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menjalankan kerja pemasangan tangki septik di sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Ridzuan memberitahu, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk tindakan lanjut.

Katanya, berdasarkan maklumat keluarga, mangsa baru keluar wad hospital baru-baru ini selepas mengalami serangan jantung. – KOSMO! ONLINE

The post Buruh maut kena serangan jantung ketika pasang tangki septik appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved