Maut dipijak gajah ketika cari lembu hilang

LocalEnvironment
9 Sep 2026 • 8:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Maut dipijak gajah ketika cari lembu hilang

KUALA KRAI – Seorang lelaki maut selepas dipijak seekor gajah ketika sedang mencari lembunya yang hilang dalam kejadian di kawasan ladang kelapa sawit di Lepan Kabu, Pahi di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, mangsa Ghazali Setapa, 66, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah.

Penghulu Mukim Pahi, Muhammad Khairul Anuar Muhammad Noor berkata, mangsa dipercayai terserempak dengan seekor gajah ketika sedang mencari lembunya yang hilang.

Katanya, saksi yang melihat kejadian itu memaklumkan sudah mengarahkan mangsa agar keluar dari kawasan tersebut kerana anak menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Gajah berkenaan dikatakan sudah mengeluarkan bunyi sebanyak tiga kali. Jarak yang terlalu dekat mungkin menyebabkan gajah tersebut menyerang mangsa.

“Jenazah mangsa kini berada di Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga bagi urusan pengebumian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, Hilmi Abdullah berkata, mangsa dikatakan masuk ke ladang tersebut bersama anaknya dan tiga individu lain sebelum terjumpa najis gajah.

Katanya, mereka kemudian berpecah kepada dua kumpulan untuk mencari lembu itu dan terserempak dengan seekor gajah.

“Mangsa dipercayai pergi untuk melihat dengan lebih dekat sebelum dikejar gajah berkenaan. Mangsa dikatakan gagal melarikan diri sebelum anaknya menjumpai arwah dalam keadaan cedera parah di tempat kejadian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

The post Maut dipijak gajah ketika cari lembu hilang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved