
Kota Kinabalu: Seorang buruh berusia 35 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan pecah masuk rumah dan mencuri.
Ali Rosli Baru mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun atas pertuduhan memecah masuk sebuah rumah di Jalan Likas di sini, bersama seorang rakan subahat yang masih bebas pada jam 1 pagi 3 Mei lalu, serta mencuri peti besi mengandungi dua kunci ganti sebuah kereta Mercedes dan sebuah kereta Camry, pasport antarabangsa, serta pingat Datuk, ASDK dan BK.
Ali didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM8,000 atas sebab anggaran kerugian dalam kes itu ialah RM15,000, dan sebab bimbang tertuduh akan bertemu semula dengan rakan subahatnya kerana ia merupakan jenayah terancang.
SPONSORED CONTENT VANZO X Marvel Series Car Vent Perfume: VANZO Car Perfume Brand Teams Up with Marvel for Disney's 100th Anniversary Celebration Kota Kinabalu: In honour of Disney's 100th anniversary, Marvel superheroes and VANZO have teamed up to launch a new "Superhero Scent" series of car perfume, “VANZO x Marvel Series Car Vent Perfume”. Read more Peguam Mohd Al Hafidz Mohd Lokman, yang menggantikan peguam Nelson Angang, dan mewakili tertuduh, memohon jaminan rendah dan mencadangkan tertuduh melaporkan diri di balai polis bagi memastikan kehadirannya di mahkamah.
Jessica menetapkan 14 Jun untuk sebutan dan melepaskan tertuduh dengan ikat jamin RM3,500 dan dua penjamin serta memerintahnya melapor diri di balai polis dua kali sebulan.
Sementara itu, seorang pemandu lori didakwa menyerang seorang lelaki dengan pisau sayur.
Jumil Luantis, 32, yang hadir di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles, didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Sanran Kasidi, 36, dengan senjata itu pada 11.30 malam 27 April tahun ini di sebuah rumah di Kg Kepayan Baru, Manggatal.
Tiada pengakuan diambil daripada Jumil selepas pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan itu dibacakan kepadanya.
Mahkamah menetapkan 21 Jun ini untuk sebutan semula dan menawarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan dua penjamin.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


