“Buruk Sangat Ke Aku Ni” – Lelaki Cuba Berbual Dengan Wanita Tapi Kena ‘Reject’, Tak Pasal Dikecam Netizen

13 Jul 2022 • 12:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebuah video yang menjadi tular di TikTok telah mengundang pelbagai kecaman dan kritikan daripada warga maya berikutan seorang lelaki dilihat cuba untuk memulakan perbualan dengan dua orang wanita namun tidak dilayan.

Berikutan itu, lelaki berkenaan telah mendakwa bahawa kedua-dua orang wanita itu sombong kerana enggan berbual dengannya.

Selepas itu, lelaki itu merakam pula video dirinya dan bertanya kepada penonton “Apa buruk sangat ke aku ni?” dalam hantaran tersebut.

Video berkenaan kemudiannya menjadi tular dan mula dikongsi dan disiar semula di media sosial.

Kata netizen, wanita-wanita itu mungkin berminat untuk melanjutkan perbualan jika paras rupa lelaki itu lebih menarik ataupun dalam kata lain ‘handsome’.

Kalau kau hensem, kau tak payah start berbual, perempuan akan mulakan dulu. – netizen

Ada juga yang memberi pendapat bahawa orang yang berpenampilan menarik atau kacak/cantik mempunyai kelebihan kerana selalunya orang yang ‘biasa-biasa’ saja akan dianggap sebagai gatal atau sebagainya.

Namun, sesetengah berpendapat bukan masalah paras rupa tetapi sesetengah orang tidak mahu diganggu apatah lagi dipaksa untuk memulakan perbualan.

Motif sampai nak rekod-rekod? Kau orang asing dan tak patut paksa orang yang tidak dikenali terutamanya kaum wanita untuk paksa bersembang dengan kau. – netizen

Korang rasa macam mana? Patut ke tak?

image is not available 5 jam lalu

(VIDEO)"B*tina Memang Banyak Masalah!"- Gadis Cuak Sempat Rakam Pemandu E-Hailing Tiba-Tiba Mengamuk