Burung merpati masuk wad: HTAR ambil langkah kawalan

LocalHealth & Fitness
8 Jun 2026 • 11:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Burung merpati masuk wad: HTAR ambil langkah kawalan
Tangkap layar yang tular di media sosial menunjukkan beberapa burung memasuki wad pesakit di HTAR, Klang.

KLANG - Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang sudah mengambil pelbagai langkah kawalan membabitkan kemasukan burung merpati ke dalam wad hospital seperti yang tular di media sosial.

HTAR dalam kenyataannya memaklumkan, langkah kawalan secara berkala telah dilaksanakan termasuk pemangkasan pokok oleh syarikat konsesi dan pemantauan berterusan di kawasan wad serta bangunan hospital.

Selain itu, kenyataan itu memaklumkan, HTAR turut mendapatkan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memperkukuh usaha mengawal gangguan burung di kawasan hospital.

"HTAR memandang serius perkara ini dan komited untuk memastikan persekitaran hospital sentiasa selamat, bersih dan kondusif demi kesejahteraan pesakit, pelawat serta warga kerja hospital.

"Semua langkah yang bersesuaian akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi mengurangkan risiko kejadian seumpama ini berulang," kata kenyataan itu pada Isnin.

HTAR memaklumkan, terdapat burung merpati dan burung gagak yang menjadikan kawasan pokok di sekitar hospital sebagai habitat, sekali gus berpotensi menyebabkan haiwan itu memasuki bangunan hospital secara tidak sengaja.

Terdahulu, tular di media sosial satu video memaparkan beberapa burung berada di dalam wad hospital sehingga mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.