
MEKAH – Sekumpulan jemaah umrah terkejut apabila melihat seekor burung merpati seperti sedang sujud di hadapan Kaabah di kota suci Mekah, lapor laman berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @arabiandailynews menunjukkan burung itu berdiri dalam keadaan bongkok, manakala kepalanya tunduk ke lantai.
Kedudukan tersebut menyerupai gerakan sujud dalam solat.
Sebilangan jemaah mengeluarkan telefon pintar masing-masing merakam detik mengejutkan itu, manakala sebilangan lagi menyebut ‘Ya Allah’ tanpa henti.
Rakaman itu mencatatkan lebih 607,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Burung itu sedang sakit,” kata seorang netizen.
“Bagi burung itu air,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Burung sujud depan Kaabah appeared first on Kosmo Online.

