Beg mahasiswi dicuri ketika sujud solat zuhur

8 Sep 2026 • 7:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Beg mahasiswi dicuri ketika sujud solat zuhur

JAKARTA – Perbuatan seorang pencuri mengambil kesempatan mencuri beg seorang mahasiswi yang sedang sujud ketika mengerjakan solat dirakam televisyen tertutup (CCTV), lapor saluran berita Lambe Turah.

Dalam kejadian di Masjid Al-Fatah, Kota Makkasar, wilayah Sulawesi Selatan pada Rabu lalu itu, mangsa dikenali sebagai N kerugian kira-kira 10 juta rupiah (RM2,200) selepas beg miliknya dilarikan pencuri.

Pegawai polis tempatan, AKP Jafar Ahmad mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung insiden berkenaan daripada mangsa.

“Laporan polis dibuat di Balai Polis Rappocini. Mangsa menyedari beg miliknya hilang sejurus selesai menunaikan solat zuhur,” katanya ketika dihubungi media tempatan.

Menurut Jafar, beg yang dilarikan itu mengandungi sebuah komputer riba, pengecas, serta sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy. 

Bagaimanapun, tiada wang tunai dilaporkan hilang.

Berdasarkan analisis CCTV di dalam masjid, mangsa dilihat solat seorang diri sebelum suspek lelaki  berpakaian serba hitam dan bertopi masuk menerusi pintu belakang. 

Suspek menceroboh ruang  solat wanita dan melarikan beg itu ketika mangsa dalam posisi sujud.

Polis giat menjalankan siasatan lanjut dengan memanggil beberapa saksi serta meneliti rakaman CCTV bagi mengenal pasti identiti dan menjejaki keberadaan suspek. – AGENSI

The post Beg mahasiswi dicuri ketika sujud solat zuhur appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved