Busana Deepika Padukone Sewaktu Muncul Di Final Piala Dunia Qatar Dikecam Netizen

19 Dec 2022 • 12:13 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Deepika Padukone - Gambar Instagram Louis Vuitton

Kemunculan aktres terkenal Bollywood, Deepika Padukone di perlawanan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar telah berjaya meraih perhatian ramai. 

Deepika yang ditugaskan untuk mendedahkan trofi Piala Dunia edisi 2022 itu muncul sebelum perlawanan akhir  bermula di samping penjaga gol terkenal yang berasal dari Sepanyol iaitu Iker Casillas. 

Biarpun kemunculan Deepika di temasya sukan bola sepak terbesar dunia itu membuatkan ramai rakyat India berbangga dengannya, namun ada juga yang telah melontarkan kecaman terhadap  penampilannya pada malam itu.

Netizen dilihat telah mengecam pakaian yang dipakai oleh pelakon filem Om Shanti Om itu yang dikatakan seperti beg plastik.

Deepika telah memakai busana yang direka khas oleh jenama terkenal Louis Vuitton dimana dia merupakan duta global untuk jenama itu.

Di Instagram Louis Vuitton, kelihatan ramai netizen yang telah meninggalkan komen kecaman kepada jenama itu kerana memberikan pakaian yang 'buruk' kepada aktres kesayangan mereka.

image is not available
Antara komen netizen mengecam busana Deepika - Tangkapan layar Instagram

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Lusail Qatar itu, pasukan Argentina telah muncul sebagai juara menewaskan Perancis di peringkat penalti dengan jaringan 4-2 selepas kedua-dua pasukan terikat seri 3-3 dalam 90 minit perlawan dan 30 minit masa tambahan. - Getaran, 19 Disember 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved