Piala Dunia FIFA Qatar 2022 capai kejayaan dalam segenap aspek: Penganjur

19 Dec 2022 • 3:55 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

DOHA: Penganjuran Piala Dunia FIFA Qatar 2022 telah melakar satu kejayaan selain mencapai tahap kecemerlangan tertinggi mencakupi segenap aspek dan dalam sejarah penganjuran Piala Dunia, kata Setiausaha Agung Jawatankuasa Tertinggi bagi Penyampaian dan Legasi (SC) Hassan Al Thawadi.

Beliau berkata edisi Piala Dunia ke-22 mempamerkan usaha Qatar yang mengagumkan terutama berjaya menghimpukan pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza budaya dan agama dari seluruh dunia selain menyampaikan mesej keamanan melalui sukan, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Al Thawadi berkata kejohanan itu juga mencerminkan imej terbilang rantau ini dan keupayaan besar Qatar dalam menjayakan sebarang acara sukan.

Beliau berkata Piala Dunia tahun ini satu daripada edisi Piala Dunia terbaik dari segi kehadiran peminat di dalam dan di luar stadium. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved