Busana Perarakan Kontinjen Malaysia Di Olimpik Paris Elegan, Diperkenal Rabu Depan!

18 Jul 2024 • 5:13 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pakaian yang dicipta khas untuk kontinjen Malaysia pada upacara perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai rekaan yang elegan.

Beliau yang telah melihat hasil rekaan pereka fesyen terkenal tanah air Rizman Ruzaini itu berkata ia akan diperkenalkan kepada umum pada 24 Julai ini.

"Saya percaya bila atlet kita pakai baju itu pada hari perasmian Sukan Olimpik ia akan jadi satu kebanggaan buat mereka dan apa yang kita utamakan pertama ialah ciri-ciri menunjukkan mereka adalah rakyat Malaysia.

"Keduanya adalah untuk keselesaan dan kita mahu pastikan perkara itu," katanya selepas majlis pelancaran rasmi aplikasi Sistem Pengurusan Sukan Udara (SAMS) oleh Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF).









Sumber: BERNAMA