
Mrs. World ialah pertandingan ratu cantik pertama untuk wanita yang sudah berkahwin, ia diilhamkan pada tahun 1984 dan menurut sumber, konsep pertandingan itu merupakan cabang daripada Mrs. America.
Peserta Mrs World 2022 dari Malaysia, Olivia Nicholas telah melakar sejarah apabila nama dan busananya berjaya menembusi Malaysia Book Of Records dan dia akan mewakili Malaysia di Las Vegas untuk pertandingan itu pada hujung bulan ini.
Peguam berusia 30 tahun daripada Ipoh itu memenangi gelaran tersebut pada Oktober dan mencipta rekod dengan memperagakan kostum kebangsaan yang bertatah 10,000 keping syiling lima sen.
Busana tersebut menggabungkan elemen tradisional Sabah dan Sarawak, serta mencipta sejarah dalam pertandingan ratu cantik Malaysia apabila beliau muncul sebagai Ratu ‘Destar Siga’ dalam sebuah majlis yang turut disaksikan oleh wakil daripada Malaysia Book of Records.
Sebagai info, Destar Siga merupakan sejenis kain tenunan asli yang dicipta oleh masyarakat Kadazandusun di Sabah dan dipakai sebagai penutup kepala semasa perayaan tradisional, digambarkan pada syiling lima sen.
Cantiknya, semoga nasib baik di las vegas nanti!
Sumber: Astro AWANI

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


