
PETALING JAYA: Baru sahaja melancarkan muzik video lagu terbaharunya berjudul Pulang, penyanyi, Wani Kayrie menerima kritikan hebat susulan cara pemakaiannya yang dikatakan tidak bersesuaian dan kurang sopan.
Menerusi muzik video tersebut, Wani kelihatan manis mengenakan baju yang berwarna merah jambu lembut bersama skirt berona biru cair.
Meskipun pada mata kasarnya penyanyi itu dilihat anggun mengenakan baju tersebut, namun segelintir netizen berasa kurang senang apabila Wani mempromosikan muzik video tersebut di Threads.
Di ruangan komen, rata-ratanya menyifatkan pakaian yang dikenakan penyanyi itu mampu mengundang salah faham susulan warna merah jambu itu hampir sama dengan warna kulitnya.
Malah, ada juga pihak yang meminta penyanyi itu menurunkan semula muzik video yang telah dilancarkan sejak semalam.
“Mohon padam. Pemilihan baju sangat teruk. Baju apakah? Tidak buka video klip pun dah nampak semacam. Tidak sengaja tengok, masuk ruangan Threads,” komen netizen.
“Maaf cakap. Kalau Mimi Fly boleh tukar muzik video, awak pun mesti boleh Wani,” kata seorang lagi netizen.
“Wani Kayrie, maaf menegur, awak gadis melayu Islam yang manis, saya rasa pemakaian awak dalam muzik video ini sangatlah memalukan apatah lagi dilihat kami orang lelaki. Mohon wani jaga pemakaian, kami sayang Wani,” kata seorang pemilik akaun.
The post Busana Wani Kayrie dikritik, netizen gesa turunkan semula appeared first on Utusan Malaysia.
