Busuk Hati Kedai Makan Laris, Suami Isteri Didakwa Cedera Disimbah Asid

Entertainment
7 Jul 2023 • 11:09 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular di media sosial satu hantaran mengenai sepasang suami isteri cedera akibat disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali ketika berada di dalam lif Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves.

Kejadian itu dikongsikan menerusi satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook dan gambar mangsa di hospital di dalam groupGombak Food Delivery‘.

Kedai mangsa dibakar sebelum kejadian

Pengguna Facebook itu menyatakan mangsa adalah keluarga sahabatnya dan pasangan suami isteri itu pemilik kedai makan roti nan yang terkenal di Selayang.

image is not available

Menurutnya, seminggu sebelum kejadian, kedai makan mereka hangus terbakar dipercayai angkara perbuatan khianat akibat tidak puas hati pihak lain.

“Kemudian semalam (Rabu) mangsa disimbah asid. Mata dan badan melecur. Memang tidak selamat hendak berniaga di kawasan itu. Orang dengki banyak,” katanya.

Tambahnya, dia pernah makan di kedai keluarga kawannya itu dan makanan memang sedap serta ramai orang.

The one and only best roti nan di Selayang. Bukan sekali dua benda-benda macam ini terjadi kepada mangsa, tapi mangsa bangun dan terus berniaga.

“Tak sangka dah sampai main bakar kedai dan simbah asid,” katanya lagi.

image is not available

Memetik sumber Harian Metro, polis telah menerima laporan kejadian itu dan hasil siasatan awal mendapati suspek adalah seorang wanita tempatan yang masih bebas.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.