“Busuk sampai dihurung lalat”- Tindakan Buang Perut Lembu Sesuka Hati Di Tong Sampah Dikecam Netizen

Entertainment
2 Jul 2023 • 4:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai hari raya haji atau hari raya haji di Malaysia baru sahaja disambut oleh umat Islam di negara ini Khamis lalu.

Sudah tentu ramai yang tidak ketinggalan untuk turut serta dalam ibadah korban tahun ini.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Walau bagaimanapun, ada individu dipercayai di Terengganu telah bertindak membuang perut lembu sesuka hati di tong sampah yang disediakan majlis daerah.

Tindakan individu tersebut telah dikecam oleh orang ramai kerana ia telah menyebabkan kawasan tong sampah itu jadi lebih busuk daripada keadaan hari biasa.

image is not available

Menurut individu yang menemui sisa perut lembu yang dibuang tersebut, tindakan membuang perut lembu di tong sampah itu akan membuat kawasan itu lebih busuk kerana kakitangan pelupusan sampah hanya akan mengutip sampah-sampah berkenaan beberapa hari kemudian berikutan musim perayaan.

Difahamkan, ketika perut lembu itu ditemui, ia telah pun dihurung lalat.

Meninjau ke ruangan komen, difahamkan, perut lembu atau mana-mana sisa haiwan sembelihan korban seperti kambing sepatutnya ditanam dan bukannya dibuang sesuka hati kerana dikhuatiri akan dimakan anjing atau menyusahkan orang lain kerana baunya yang busuk.

image is not available

Tak patut la buat macam ni kan..

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.