
Dr. Martens, jenama yang terkenal di seluruh dunia dengan kasut ikonik dan tahan lasaknya, mengumumkan pembukaan kedai baharunya di Sunway Pyramid.
Lokasi baharu ini menawarkan pelbagai pilihan produk Dr. Martens termasuk but klasik 1460, aksesori gaya hidup, dan koleksi edisi terhad yang mencerminkan warisan keunikan dan semangat pemberontakan jenama ini.
Kedai yang telah beroperasi secara rasmi pada 22 November 2024 itu menampilkan konsep terkini untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan.


Sempena dengan pelancaran outlet baharu Dr. Martens di Sunway Pyramid, hadir sama barisan selebriti dan pempengaruh tanah air antaranya Noh Salleh, Naim Daniel dan Karl Shafek yang menggayakan fesyen ikonik bersama but Dr Martens.



But 1460
Terkini dalam barisan koleksi ikonik Dr. Martens: 1460 Sub Boot dan 14XX Sub Boot.
Sejarah Dr. Martens adalah cerita tentang pertukangan, inovasi, dan kepentingan budaya.
Terhasil daripada idea tiga keluarga, but 1460 telah menjadi ikon selama lebih 60 tahun.
Setiap pasang but 1460 membawa legasi kualiti, keserbagunaan, dan ketahanan.
Diperbuat daripada kulit yang tahan lasak dan kukuh, but klasik 8 lubang 1460 ini direka dengan tapak DMS dan jahitan welt kuning tanda dagangan Doc. Setiap pasang dilengkapi dengan gelung tumit AirWair yang ikonik.

