
Pusingan Motegi menyaksikan kemunculan semula “Butter Hammer” Pecco Bagnaia dengan lebih tenang, konsisten dan bagaikan metronom mengawal Sprint Race dari lampu hijau hingga garisan penamat. Sejak Misano, juara dunia ini dilihat kembali menemui keyakinan selepas tempoh sukar mencari ‘feel’ pada bahagian hadapan jentera GP25. Namun, apa sebenarnya yang berubah?
Timbul spekulasi bahawa Bagnaia telah kembali menggunakan jentera GP24. Namun, dari sudut enjin, perkara ini mustahil kerana peraturan Class A Concession menetapkan kedua-dua pelumba pasukan pengilang mesti menggunakan enjin yang sama. Tetapi, komponen lain seperti swingarm, fork dan aerodinamik (yang tidak dikawal) boleh ditukar pada bila-bila masa.
Menurut laporan Motorsport, sejak Misano, Pecco mula menggunakan beberapa komponen GP24 serta sistem ‘Tuned Mass Damper’ pada bahagian hujung lengan ayun kanan, teknologi yang turut digunakan Marc Marquez dan Fabio Di Giannantonio. Gabungan ini, bersama penggunaan brek 355mm di Motegi, telah ‘menghidupkan’ semula front-end feeling yang menjadi asas gaya tunggangan Bagnaia.
Pecco mengakui: “Kami tidak kembali ke GP24, cuma menukar komponen yang sebelum ini tidak berkesan. Kini, semuanya kembali menjadi dan saya boleh menunggang seperti tahun lalu.”
Dengan enam perlumbaan berbaki, perubahan teknikal kecil ini mungkin menjadi kunci kebangkitan semula Bagnaia namun bukan lagi misi untuk merebut kejuaraan 2025, tetapi untuk kekal berada di tangga tiga teratas kejuaraan. Ducati mungkin tidak ubah jentera, tetapi mereka jelas sudah “menemui semula rentak sebenar” juara dunia mereka.
Teruskan bersama Two Wheels..!
Pecco
The post “Butter Hammer” Bagnaia Kembali – GP25 + Komponen GP24 Jadi Senjata Rahsia? appeared first on TW Media.
