
STEPHEN Sibir Junior muncul sebagai juara dalam pertandingan akhir Buvazoi Tavantang Kaamatan (BTK) Penampang yang berlangsung di Kota Kinabalu baru-baru ini.
Dia akan mewakili Penampang dan membawa pulang hadiah bernilai RM7,550, termasuk wang tunai, sigah eksklusif, trofi, dan hadiah-hadiah tajaan lain.
Pemenang-pemenang lain yang terpilih semasa pertandingan akhir ialah Dennoel Stephen (kedua dari kiri), yang akan mewakili Papar, Fernandez Parancis (Kepayan – kedua dari kanan), Arthuric Gideon Jiwil (Karambunai – kanan), dan Daniel Jonah Osborn (Membakut – kiri).



