Haward Elish mara ke Sugandoi Kaamatan Negeri

LocalMusic
14 May 2025 • 8:18 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

KEMENANGAN diraih Haward Elish sempena pertandingan Sugandoi Kaamatan Sandakan baru-baru ini melayakkan dirinya mewakili daerah berkenaan ke peringkat negeri.

Haward menerima hadiah wang tunai RM3,000 berserta piala dan hadiah iringan.

Berlangsung di Dewan Masyarakat Sandakan Dellouvah Hewailee Roddy dan A Fadle Patrick masing-masing berada ditempat kedua dan ketiga sekali gus masing-masing menerima RM2,000 dan RM1,000 selain piala dan hadiah iringan yang lain.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Dellouvah turut memenangi anugerah Buvozoi Sugandoi manakala Unduk Sugandoi diberikan kepada Misnalia Muhinin.

Persembahan Terbaik diberikan kepada Jerlyn Joan Jenius dan Peserta Paling Popular milik A Fadle Patrick.

Kategori Sugandoi Dazanak Kaamatan pula johan berpihak kepada Mickglyee Rothrex Petrus, tempat kedua Coby Matthew Luis dan ketiga Adriyellson Aldrin.

Mickglyee menerima hadiah RM1,000 manakala Coby menerima RM800 dan Adriyellson menerima RM500 berserta piala dan hadiah iringan.

Turut disampaikan kategori Sugandoi Dazanak Berpotensi yang dimenangi oleh Coby.