BYD ATTO 3 Performance 2026 Dilancarkan Dengan Harga RM149,800 – Terhad 69 Unit Sahaja

LocalCars
11 Sep 2026 • 4:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

BYD Sime Motors hari ini melancarkan edisi terhad BYD ATTO 3 Performance 2026 sempena sambutan Merdeka ke-69. Model ini tampil sebagai varian paling berkuasa dalam siri ATTO 3 dengan gabungan output sistem mencecah 330 kW dan 560 Nm tork sekali gus membolehkan pecutan dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam 4.0 saat.

Image from: BYD ATTO 3 Performance 2026 Dilancarkan Dengan Harga RM149,800 – Terhad 69 Unit Sahaja

Varian Performance ini melengkapkan barisan ATTO 3 di Malaysia bersama Ultra dan Premium. Ia memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna dengan pacuan semua roda (All-Wheel Drive), bateri Blade 74.88 kWh dan jarak pemanduan sehingga 530 km (NEDC). Model ini menawarkan gabungan prestasi berkuasa dengan kegunaan seharian sebuah SUV elektrik. Ia turut menyokong pengecasan pantas DC sehingga 220 kW dan menggunakan sistem MacPherson Strut dengan Dual-Ball Joint di hadapan serta Five-link Rear Suspension di belakang untuk kestabilan dan keselesaan pemanduan.

Image from: BYD ATTO 3 Performance 2026 Dilancarkan Dengan Harga RM149,800 – Terhad 69 Unit Sahaja

Selain kuasa tambahan, ATTO 3 Performance turut hadir dengan ciri eksklusif seperti Windscreen Head-Up Display (W-HUD) dan peti sejuk terbina dengan fungsi penyejukan serta pemanasan. Ia juga mengekalkan sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) daripada varian Premium, termasuk Intelligent Speed Limit Control (ISLC), Traffic Sign Recognition (TSR), Front Cross Traffic Alert (FCTA) dan Front Cross Traffic Brake (FCTB). Dengan harga bermula RM149,800, ATTO 3 Performance ditawarkan bersama pakej pelancaran bernilai sehingga RM10,000.

Hanya 69 unit edisi terhad BYD ATTO 3 Performance 2026 akan ditawarkan di Malaysia bersempena memperingati sambutan Merdeka ke-69. Varian baharu ini kini boleh dilihat dan ditempah di bilik pameran rasmi BYD. Pelanggan turut dijemput hadir ke bilik pameran terdekat pada hujung minggu ini, dari 11 hingga 13 September 2026 untuk merasai sendiri pengalaman bersama ATTO 3 Performance 2026 dan membuat tempahan.

Image from: BYD ATTO 3 Performance 2026 Dilancarkan Dengan Harga RM149,800 – Terhad 69 Unit Sahaja
Image from: BYD ATTO 3 Performance 2026 Dilancarkan Dengan Harga RM149,800 – Terhad 69 Unit Sahaja

Sempena pelancaran ini, pelanggan akan ditawarkan pakej eksklusif sama ada Wall Charger dengan pemasangan standard bersama tawaran overtrade sehingga RM6,000 atau Pakej Servis Standard 6 tahun dengan tawaran overtrade sehingga RM5,000. Setiap pembelian turut disertakan dengan aksesori percuma seperti Vehicle-to-Load (V2L) Adapter dan kabel pengecasan Type 2 dengan palam 3-pin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved