BYD Sime Motors Rai Ulang Tahun ke-3: 25,000 Pemilik BYD Kini Di Jalan Raya Malaysia

LocalCars
9 Dec 2025 • 4:09 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available
(Kiri ke Kanan) Adeline Lew, Managing Director of BYD Sime Motors; Jeffrey Gan, Managing Director of Southeast Asia, Sime Motors; Andrew Basham, Managing Director of Sime Motors; Eagle Zhao, Managing Director of BYD Malaysia; Jacob Ma Wei, Deputy General Manager of BYD Malaysia, and Kent Wong, Head of Sales Planning of BYD Malaysia.

BYD Sime Motors mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama EV No.1 Malaysia apabila meraikan ulang tahun ketiga dengan pencapaian lebih 25,000 kenderaan BYD menyerikan jalan raya negara. Angka ini bukan sekadar jualan, tetapi mewakili lebih 25,000 keluarga Malaysia yang kini menyumbang kepada masa depan mobiliti hijau.

Menurut data syarikat, keseluruhan pemilik BYD di Malaysia membantu mengurangkan lebih 62,000 tan Karbon Dioksida (CO₂) setiap tahun, bersamaan penanaman hampir 2.5 juta pokok cukup untuk mengelilingi persisiran pantai Malaysia lebih enam kali. Ini sekali lagi membuktikan impak positif EV terhadap alam sekitar.

image is not available
BYD ATTO 3

Sejak dilancarkan, BYD Sime Motors telah memperkenalkan tujuh model EV, menjadikannya barisan EV paling komprehensif negara daripada sedan, SUV hingga MPV. Model paling laris, BYD ATTO 3, kekal mendominasi segmen SUV C.

Tahun 2025 turut menyaksikan pelancaran:

  • BYD ATTO 2
  • BYD SEAL 6
  • BYD SEAL (facelift)

Penawaran pelbagai varian pada harga kompetitif menjadikan BYD pilihan utama rakyat Malaysia yang beralih kepada mobiliti elektrik.

Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao, menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti kesetiaan pengguna tempatan:

“Mencapai lebih 25,000 pemilik dalam masa tiga tahun adalah amat membanggakan. Terima kasih atas kepercayaan rakyat Malaysia, dan kami akan terus membawa teknologi terbaik untuk masa depan yang lebih hijau.”

Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Asia Tenggara Sime Motors, Jeffrey Gan, menegaskan bahawa BYD kini menjadi komponen penting dalam rangkaian automotif Sime Motors, didokong jaringan jualan serta selepas jualan yang kukuh.

Bagi memastikan pengalaman pemilikan terbaik, BYD Sime Motors kini mempunyai:

  • 39 pusat jualan & pemasaran
  • 24 pusat servis selepas jualan
  • 12 pusat badan & cat bertauliah
  • Pusat gudang alat ganti berpusat dengan lebih 4,600 item
  • Lebih 1,000 juruteknik terlatih di Pusat Latihan BYD

Memasuki 2026, BYD dan Sime Motors merancang:

  • Pengembangan rangkaian jualan serta servis
  • Peningkatan teknologi & fasiliti
  • Penubuhan operasi pemasangan tempatan (CKD) untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan nilai industri

Dengan insentif penuh pengecualian cukai CBU EV bakal berakhir tidak lama lagi, ini adalah masa terbaik untuk beralih kepada EV. Pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga RM20,000 untuk model-model terpilih BYD di semua bilik pameran seluruh negara.

Maklumat lanjut di:
🔗 https://byd.simemotors.my

The post BYD Sime Motors Rai Ulang Tahun ke-3: 25,000 Pemilik BYD Kini Di Jalan Raya Malaysia appeared first on TW Media.