llaollao Malaysia Genap 10 Tahun: Hadiah RM159,000 & Trip Percuma ke Sepanyol Menanti!

LocalSales & Promo
9 Dec 2025 • 10:56 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

llaollao Malaysia kini genap 10 tahun! Ini menandakan sedekad sudah yogurt yang creamy, sudu hijau ikonik dan banyak momen manis sejak llaollao pertama kali dibuka di Pavilion KL pada tahun 2015. 

Bermula dengan satu cawangan, kini ia menjadi sensasi di seluruh negara dan hujung tahun ini, llaollao Malaysia meraikan ulang tahun terbesar.

image is not available

Sempena pencapaian TEN-TASTIC ini, llaollao Malaysia bekerjasama dengan Trip.com untuk menawarkan hadiah bernilai RM159,000.00 berupa penginapan hotel dan tiket penerbangan kepada 719 pelanggan bertuah. 

Dua pemenang hadiah utama akan menerima percutian penuh ke Sepanyol, tanah kelahiran llaollao! Penerbangan dan hotel semua ditanggung sepenuhnya!

image is not available
image is not available
image is not available

Hadiah Perjalanan RM159,000.00

Sebanyak 719 pelanggan bertuah akan memenangi hadiah eksklusif Trip.com, termasuk:

• Baucar penerbangan

• Penginapan hotel

• 2x Percutian Penuh ke Sepanyol

Menangi pengalaman sekali seumur hidup ke tempat lahirnya llaollao. 

LLAOPALS Blind Box & Gold Card dilancarkan

image is not available

Buat pertama kalinya, llaollao memperkenalkan llaopals Blind Box eksklusif mereka sendiri. Setiap blind box mengandungi salah satu daripada empat plushie llaopals yang comel, termasuk satu plushie misteri “Secret” yang pasti membuat para peminat tak sabar nak dapatkan.

Kumpul keempat-empat plushie ini dan berpeluang ke tahap kesetiaan tertinggi Pro-Yo, yang memberikan peminat tegar ganjaran eksklusif, kelebihan khas dan 5x mata setiap kali membuat pembelian di stor llaollao.

Nak kejutan paling besar? Di dalam sejumlah terhad Blind Box di seluruh negara, tersembunyi llaopals Gold Card hadiah utama yang memberikan pemiliknya SATU TAHUN llaollao PERCUMA!

Kerjasama dengan Sambong Future Foundation

Tahun ini, llaollao Malaysia berbangga bekerjasama dengan Sambong Future Foundation dalam menyokong inisiatif yang membantu kanak-kanak B40 mendapatkan akses pendidikan digital.

Melalui kolaborasi dan kempen TEN-Tastic Birthday llaollao Malaysia  mengumpul dana untuk menyediakan komputer riba, peralatan pembelajaran dan peluang pendidikan bagi kanak-kanak kurang berkemampuan memberi mereka keyakinan untuk membina masa depan yang lebih cerah.

image is not available

Kerana sambutan llaollao Malaysia bukan sekadar tentang 10 tahun yang lalu, tetapi juga tentang membentuk 10 tahun yang akan datang.

The post llaollao Malaysia Genap 10 Tahun: Hadiah RM159,000 & Trip Percuma ke Sepanyol Menanti! appeared first on Oh! Media.