BYD Sime Motors Serah Lebih 100 Unit BYD SEAL 6 Dalam Tempoh Seminggu

LocalCars
7 Oct 2025 • 10:10 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Hanya seminggu selepas pelancaran rasminya, BYD Sime Motors membuktikan kecekapan dan komitmen tinggi apabila berjaya menyerahkan lebih 100 unit BYD SEAL 6 kepada pelanggan di seluruh Malaysia.

Model sedan elektrik segmen C ini mendapat sambutan luar biasa, dengan penghantaran pantas ke bilik pameran di Semenanjung dan Malaysia Timur sekali gus menandakan kemunculan rasmi BYD SEAL 6 di jalan raya negara.

Menawarkan pilihan warna Arctic White, Harbour Grey dan Misty Blue, BYD SEAL 6 kini boleh dilihat, disentuh dan dipandu uji di pusat jualan seluruh negara. Pelanggan berpeluang merasai sendiri pemanduan lancar, responsif dan sporty hasil sistem pacuan roda belakang (RWD) satu-satunya dalam kelasnya.

Menurut Adeline Lew, Pengarah Urusan BYD Sime Motors, Malaysia menjadi pasaran antarabangsa pertama yang menerima BYD SEAL 6.

“Kami amat berbangga dengan kejayaan ini dan menghargai pasukan kami yang memastikan penghantaran dilakukan dengan lancar tanpa kelewatan. Ini adalah bukti komitmen kami dalam memperkukuh kepercayaan pelanggan dan memperluas akses terhadap mobiliti elektrik di Malaysia,” katanya.

BYD Sime Motors turut mengumumkan rancangan untuk menambah bilangan cawangan daripada 37 kepada 50 menjelang 2026, meliputi jualan, servis dan kemudahan pengecasan selaras dengan usaha memacu pembangunan ekosistem EV negara.

image is not available