Bye-Bye Ketibas! Deodoran NIVEA Black & White Terbaru Bawa Keharuman Tanpa Kesan ke Keretapi Sarong 2026

24 Sep 2026 • 1:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Kain sarung, pakaian tradisional, muzik dan orang ramai yang memenuhi gerabak kereta api antara perkara yang menjadikan Keretapi Sarong cukup sinonim dengan sambutan Hari Malaysia.

Namun, perjalanan dari Terminal Bersepadu Gombak (TBG) ke lokasi rahsia tahun ini tampil lebih istimewa dengan kehadiran Deodoran NIVEA MEN Black & White Epic Night dan NIVEA Black & White Authentic.

Advertisement

Para peserta disajikan dengan pelbagai aktiviti dan kejutan menarik untuk kekal segar, harum dan yakin walaupun dalam cuaca panas Malaysia.

Image from: Bye-Bye Ketibas! Deodoran NIVEA Black & White Terbaru Bawa Keharuman Tanpa Kesan ke Keretapi Sarong 2026

Kipas tangan dan kad beraroma turut diedarkan kepada peserta, sesuai dengan keadaan cuaca yang agak panas pada pagi tersebut. Paling kami suka ada acara karpet biru, di mana pengunjung buat ‘catwalk’ dengan penuh berkeyakinan!

Image from: Bye-Bye Ketibas! Deodoran NIVEA Black & White Terbaru Bawa Keharuman Tanpa Kesan ke Keretapi Sarong 2026

Tamat saja acara di TBG, perjalanan ke menuju ke destinasi rahsia bermula dan lebih meriah apabila Team Gombak turut ditemani Insomniacks dan Aisha Retno, menjadikan suasana acara ini lebih ceria.

Image from: Bye-Bye Ketibas! Deodoran NIVEA Black & White Terbaru Bawa Keharuman Tanpa Kesan ke Keretapi Sarong 2026

Dalam keadaan cuaca yang panas dan orang ramai yang bergerak aktif, isu peluh dan bau badan sememangnya tidak dapat dielakkan. Pada masa sama, ramai juga pasti pernah berdepan satu lagi masalah apabila menggunakan produk anti peluh kerana ia meninggalkan kesan pada pakaian.

Sebab itu Deodoran NIVEA Black & White dibawa masuk ke dalam pengalaman Keretapi Sarong kali ini dengan fokus kepada perlindungan bukan sahaja daripada peluh dan bau badan, tetapi juga kesan kuning pada pakaian, di samping pilihan haruman eksklusif untuk lelaki dan wanita.

No More Ketibas! NIVEA Sebar Kesegaran Di Keretapi Sarong 2026

Image from: Bye-Bye Ketibas! Deodoran NIVEA Black & White Terbaru Bawa Keharuman Tanpa Kesan ke Keretapi Sarong 2026

Di tengah-tengah kemeriahan itu, NIVEA turut mempunyai ruang yang menampilkan identiti Deodoran NIVEA Black & White, membolehkan pengunjung mengenali produk baharu sambil menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.

Image from: Bye-Bye Ketibas! Deodoran NIVEA Black & White Terbaru Bawa Keharuman Tanpa Kesan ke Keretapi Sarong 2026

Untuk lelaki, Deodoran NIVEA MEN Black & White Epic Night menawarkan sensasi dingin dan haruman segar bersama perlindungan tahan lama untuk membantu mengekalkan kesegaran dari siang hingga malam.

Image from: Bye-Bye Ketibas! Deodoran NIVEA Black & White Terbaru Bawa Keharuman Tanpa Kesan ke Keretapi Sarong 2026

Manakala untuk wanita, NIVEA Black & White Authentic hadir dengan haruman manis dan fruity yang sesuai untuk memberikan rasa selesa dan yakin dalam rutin harian.

Kedua-duanya menawarkan perlindungan sehingga 72 jam serta membantu melawan peluh, bau badan, kesan pada baju dan residue.

Malah, ada pengunjung yang singgah untuk mencuba Deodoran NIVEA Black & White terbaru sebelum meneruskan aktiviti mereka di sekitar acara. Pengalaman ini memang cukup dekat dengan realiti harian, yang mana baru beberapa ketika berada di luar, badan dah mula berpeluh.

Aktiviti NIVEA Bukan Sekadar Permainan

Bagi menjadikan pengalaman di booth lebih dekat dengan kehidupan seharian, NIVEA membawa beberapa aktiviti interaktif yang dikaitkan dengan masalah peluh dan bau badan.

Image from: Bye-Bye Ketibas! Deodoran NIVEA Black & White Terbaru Bawa Keharuman Tanpa Kesan ke Keretapi Sarong 2026

Image from: Bye-Bye Ketibas! Deodoran NIVEA Black & White Terbaru Bawa Keharuman Tanpa Kesan ke Keretapi Sarong 2026

Antaranya ialah Speed Challenge, di samping Hangman Challenge dan DIY craft zone.

Aktiviti-aktiviti ini bukan sekadar untuk mengisi masa pengunjung, sebaliknya menjadi cara NIVEA memperkenalkan mesej produk secara lebih santai dan mudah difahami.

Image from: Bye-Bye Ketibas! Deodoran NIVEA Black & White Terbaru Bawa Keharuman Tanpa Kesan ke Keretapi Sarong 2026

Di sekitar ruang tersebut, pengunjung turut dapat melihat paparan produk serta mesej berkaitan rangkaian Deodoran NIVEA Black & White terbaru, termasuk kelebihan perlindungan terhadap peluh, bau badan dan kesan pada pakaian.

‘Confidence Reveal’ Perkenalkan NIVEA Black & White Secara Rasmi

Kemuncak kepada pengalaman NIVEA tentunya acara “Confidence Reveal” yang bermula dengan persembahan dan penceritaan, bagaimana situasi berpeluh dan bau badan yang meninggalkan kesan pada pakaian.

Image from: Bye-Bye Ketibas! Deodoran NIVEA Black & White Terbaru Bawa Keharuman Tanpa Kesan ke Keretapi Sarong 2026

Sehinggalah kepada penampilan istimewa Dr. Christopher Vierhaus, Country Manager Beiersdorf Malaysia dan Singapura, menyampaikan ‘watikah’ yang menandakan pelancaran rasmi rangkaian baharu NIVEA Black & White.

Image from: Bye-Bye Ketibas! Deodoran NIVEA Black & White Terbaru Bawa Keharuman Tanpa Kesan ke Keretapi Sarong 2026

Daripada perjalanan bersama peserta Keretapi Sarong di Gombak, interaksi NIVEA Confidence Crew dalam tren, aktiviti interaktif di TRX sehinggalah persembahan dan Confidence Reveal, keseluruhan pengalaman ini menjadi satu cara NIVEA memperkenalkan rangkaian baharunya dalam suasana yang lebih dekat dengan orang ramai.

Jangan Biarkan Bau Peluh Atau Kesan Pada Baju Menjejaskan Keyakinan Walaupun Dalam Cuaca Panas

Image from: Bye-Bye Ketibas! Deodoran NIVEA Black & White Terbaru Bawa Keharuman Tanpa Kesan ke Keretapi Sarong 2026

Deodoran NIVEA MEN Black & White Epic Night dan NIVEA Black & White Authentic kini boleh didapati di pasaran. Jadi, kalau korang mencari produk antipeluh yang sesuai untuk rutin harian, boleh dapatkan koleksi baharu ini secara dalam talian atau di kedai berdekatan.

Untuk maklumat lanjut, ikuti NIVEA di media sosial:

Instagram | https://www.instagram.com/mynivea/?hl=en
Facebook | https://www.facebook.com/NIVEA/?brand_redir=304741059608383
Laman Web Rasmi | https://www.nivea.com.my/en-my

The post Bye-Bye Ketibas! Deodoran NIVEA Black & White Terbaru Bawa Keharuman Tanpa Kesan ke Keretapi Sarong 2026 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved