Bytedance Dilaporkan Akan Menstruktur Semula PICO – Kerana Permintaan Global Untuk VR Menurun

TechnologyDigital
7 Nov 2023 • 4:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bytedance kini dilaporkan akan menstruktur semula perniagaan memfokuskan realiti-maya mereka, iaitu PICO. Dibawah penstrukturan semula ini, ratusan pekerja dijangka akan dibuang, dan PICO akan memfokuskan kepada bahagian perniagaan perkakasan dan peranti sahaja.

Sebaliknya, pekerja yang terlibat dengan bahagian perisian dijangka akan diintegrasikan pada produk-produk lain bawah Bytedance.

image is not available

Langkah ini dikatakan diambil kerana permintaan untuk VR yang semakin menurun pada peringkat global. Walaupun mengalami penstrukturan semula, PICO melalui kenyataan mengatakan akan lebih memfokuskan kepada bahagian perkakasan dan teknologi teras.

Sebelum ini, hadir desas-desus menyatakan Bytedance akan menutup perniagaan Pico, namun ketika itu, Bytedance menyatakan masih komited dalam industri VR.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved