ByteDance Dilaporkan Dalam Perbincangan Menjual Syarikat Sebalik Mobile Legends Kepada Firma Arab Saudi

GamingBusiness & Finance
26 Nov 2025 • 10:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ByteDance sebelum ini sedia mencuba beberapa kali untuk mencari pemilik baharu untuk studio permainan yang dimiliki mereka, Mooton. Salah satu permainan popular dibawah studio berkenaan adalah Mobile Legends : Bang Bang. Sehingga kini mereka masih belum menjualnya lagi.

image is not available

Namun, perkara berkenaan mungkin berubah tidak lama lagi. Mengikut laporan baharu, ByteDance dilaporkan sedang dalam perbincangan bersama firma Arab Saudi, Savvy Games Group untuk tujuan ini.

Buat masa ini, ia dikatakan masih pada peringkat perbincangan lagi. Savvy Games sedia mempunyai pelaburan dalam sejumlah studio permainan, dan turut membawa mandat dalam memposisikan Arab Saudi sebagai hab untuk permainan dan esukan. Semestinya pengambil-alihan Moonton ini akan membolehkan mereka membawa pelbagai perlawanan dan liga esukan melibatkan Mobile Legends ke negara tersebut.

ByteDance sebelum ini telah mengambil-alih Moonton pada 2021 dengan nilai mencapai sekitar $4 bilion.