ByteDance Dilaporkan Mula Membangunkan Cip Pemprosesan Sendiri

TechnologyDigital
28 May 2026 • 5:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ByteDance, syarikat di sebalik platform video ringkas Douyin dan TikTok baru-baru ini dilaporkan telah memulakan proses rekaan dan pembangunan cip pemprosesan AI mereka sendiri untuk menangani isu komponen CPU untuk tugasan inferens AI yang semakin mahal baru-baru ini.

Reuters telah melaporkan bahawa ByteDance kini telah berbincang dan memulakan proses mereka cip pemprosesan AI mereka sendiri untuk membantu dalam proses inferens yang diperlukan untuk membolehkan sistem AI agentik mereka untuk beroperasi dengan lebih pantas dan cekap.

Image from: ByteDance Dilaporkan Mula Membangunkan Cip Pemprosesan Sendiri

Buat masa ini, ByteDance dilihat mendapatkan bekalan cip pemprosesan mereka dari syarikat-syarikat seperti AMD dan Intel, dengan Intel mengatakan bahawa kelak, tempoh menunggu untuk mendapatkan CPU-CPU mereka akan meningkat sehingga enam bulan, khususnya untuk pelanggan-pelanggan dari China. Malah, AMD turut mengatakan bahawa bekalan komponen CPU untuk tujuan pemprosesan AI semakin ketat gara-gara permintaan yang tinggi.

ByteDance telah memperkenalkan teknologi janaan video AI SeeDance, dan kelak dijangka akan memperkenalkan lebih banyak lagi teknologi AI pada perkhidmatan-perkhidmatan mereka yang lain, jadi permulaan untuk mereka dan mengeluarkan cip pemprosesan mereka sendiri adalah sesuatu yang perlu dimulakan sekaran supaya mereka tidak menghadapi masalah komponen di masa hadapan.

Reuters turut mengatakan bahawa buat masa ini, cip-cip ini masih berada dalam fasa rekaan, dan buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi siapakah rakan-rakan ByteDance dalam mereka dan menghasilkan cip-cip pemprosesan khusus ByteDance ini.

[sumber]Reuters[/sumber]