AEON Bank Menyambut Ulang-Tahun Ke-2 Dengan Memberikan RM2 Kepada Pengguna

LocalBusiness & Finance
27 May 2026 • 11:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

AEON Bank Menyambut Ulang-Tahun Ke-2 Dengan Memberikan RM2 Kepada Pengguna

AEON Bank baru-baru ini telah memperkenalkan ciri perbualan atau chat dikuasakan AI pada aplikasi mereka, dibawah Neko Sensei. Menariknya, kini selari dengan sambutan ulang-tahun ke-2 dan ingin mengalakkan pengguna mencubanya, AEON Bank hadir dengan promosi khas yang memberikan kredit RM2 kepada para pengguna AEON Bank.

Image from: AEON Bank Menyambut Ulang-Tahun Ke-2 Dengan Memberikan RM2 Kepada Pengguna

Untuk menebusnya, pengguna hanya perlu ke halaman Neko Missions pada aplikasi AEON Bank, dan seterusnya memulakan misi sempena ulang-tahun ke-2 AEON Bank di Malaysia. Selepas itu, anda hanya perlu membuka Neko Sensei, dan memulakan perbualan dengan tap pada pilihan “2gether lagi better”.

Image from: AEON Bank Menyambut Ulang-Tahun Ke-2 Dengan Memberikan RM2 Kepada Pengguna

Sebaik sahaja perbualan AI dimulakan di Neko Sensei, anda akan turut menerima RM2 yang dikreditkan ke akaun anda. AEON menyediakan ganjaran ini untuk 20,000 pengguna terawal, dan terhad satu penebusan untuk setiap pengguna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved