Bytedance Dilaporkan Pertimbang Untuk Mengasingkan TikTok

TechnologyDigital
15 Mar 2023 • 4:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
TikTok

Mengambil kira perkembangan di Amerika Syarikat, termasuk desas-desus mengatakan aplikasi TikTok mungkin diharamkan di negara tersebut, kini pihak Bytedance turut sedang melihat kepada beberapa alternatif, termasuk untuk mengasingkan TikTok sepenuhnya.

Pengasingan ini mungkin dilakukan dengan menjual TikTok, atau menawarkan ia dalam bentuk IPO, serta beberapa kaedah lain.

image is not available

Ia dikatakan Bytedance akan melihat kepada pilihan ini sekiranya kerajaan Amerika Syarikat tidak bersetuju dengan penawaran Bytedance yang lain.

Sebelum ini, beberapa kali ia telah ditimbulkan berkenaan sekuriti dan keselamatan data pengguna platform berkenaan, memandangkan ia berasal dari China. Namun, pihak Bytedance dan TikTok sendiri telah menidakkan perkara berkenaan perkongsian data bersama kerajaan China, dan mengatakan semua data pengguna adalah selamat dibawah mereka.

TikTok sendiri telah menyatakan telah berbelanja berbilion ringgit dalam memastikan data pengguna selamat, termasuk menidakkan tuduhan mengatakan data digunakan untuk tujuan pengintipan dan lain-lain.