ByteDance Dilaporkan Sedang Membangunkan Kaca Mata Realiti Lanjutan

TechnologyDigital
15 Jul 2025 • 5:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kebelakangan ini, teknologi yang dilihat sangat pesat dibangunkan ialah teknologi kaca mata pintar. dimana syarikat-syarikat seperti Google, Snap dan Meta dilihat telah memperlihatkan ataupun sekurang-kurangnya sedang membangunkan penawaran mereka.

Terkini, ia dilaporkan bahawa ByteDance, ibu syarikat platform perkongsian video ringkas TikTok sedang membangunkan kaca mata pintar realiti lanjutan (extended reality, XR) mereka sendiri. Teknologi XR ini melihatkan kepada gabungan ketiga-tiga konsep teknologi realiti digital, iaitu realiti maya (virtual reality), realiti gabungan (mixed reality) dan realiti terimbuh (augmented reality).

image is not available

Kaca mata XR yang sedang dibangunkan ByteDance dilaporkan akan hadir dengan rekaan sebuah gogel yang dengan rekaan yang lebih padat berbanding penawaran pasaran sekarang. Ia juga akan disambungkan kepada sebuah aksesori kecil yang akan bertindak sebagai bekalan kuasa dan juga unit pemprosesan set XR tersebut.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ByteDance akan memperlihatkan produk ini, tetapi ia juga dilaporkan bahawa Pico, anak syarikat pembangun peranti dibawah ByteDance sedang meminta kerjasama pelbagai syarikat teknologi lain di China untuk membangunkan peranti ini secepat yang mungkin.