ByteDance Menawarkan Platform Ejen AI – Coze, Menyediakan Sejumlah AI Yang Dioptimasikan Untuk Tugasan Tertentu

TechnologyDigital
12 May 2025 • 11:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ByteDance sedia melakukan pelaburan tinggi dalam arena kecerdasan buatan, dan mempunyai penawaran popular di China, dinamakan Doubao. Tidak setakat itu, mereka turut sebelum ini menawarkan perkhidmatan khusus untuk pengaturcaraan dikuasakan kecerdasan buatan, dan kini hadir dengan perkhidmatan memfokuskan ejen AI.

Dinamakan Coze, ia membolehkan pengguna mengakses kepada sejumlah ejen-ejen AI pada platform tersebut, yang telah dioptimasikan khusus untuk tugasan tertentu. Sebagai contoh, anda boleh mencari ejen AI khusus untuk menulis, atau untuk mencipta logo, dan sebagainya.

image is not available

image is not available

Pengguna juga turut boleh membangunkan ejen AI yang diperlukan, selari dengan keperluan dan tugasan berulang yang dilakukan oleh mereka. Coze ditawarkan secara percuma, dan hadir dengan langganan berbayar untuk  akses berterusan dan akses lebih pantas.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Coze oleh ByteDance hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved