Isteri Fail Cerai Selepas ChatGPT Dedah Suami Curang

13 May 2025 • 12:00 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang wanita di Greece nekad menuntut cerai selepas dia 'menyalahgunakan' teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk membongkar kecurangan suaminya.

Greek City Times melaporkan wanita itu menggunakan ChatGPT untuk mentafsirkan gambar dan meramalkan masa depan perkahwinan mereka yang sudah terbina selama lebih 12 tahun.

"Chatbot itu bagaimanapun mendakwa suaminya menjalinkan hubungan dengan wanita lebih muda dikenali sebagai E," jelas laporan itu lagi.

Suaminya ketika menerusi wawancara bersama stesen TV tempatan menyangkal dakwaan tidak berasas itu dan berasa agak geli hati kerana isterinya terlampau taasub dengan kepercayaan mistik dan trend yang menjadi tular.

Sementara itu, peguamnya menegaskan ramalan AI tidak boleh diterima sebagai bukti kecurangan berikutan wanita tersebut berkeras mahu berpisah dengan menggunakan alasan tidak masuk akal itu. 

Sumber: Sinar Harian


 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved