ByteDance Pernah Cuba Membeli Syarikat Sebalik Manus Pada 2024

TechnologyBusiness & Finance
4 Jan 2026 • 12:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Manus baru-baru ini telah diambil-alih oleh Meta pada nilai melangkaui $2 bilion. Ia dijangka akan memberikan Meta sejumlah akses melalui pengambil-alihan ini, termasuk untuk pasaran perusahaan yang sedia dimiliki oleh Manus, disamping teknologi agen AI oleh mereka.

Untuk makluman, ini bukan kali pertama Manus menerima tawaran pengambil-alihan. Pada awal 2024, Bytedance, syarikat induk sebalik TikTok pernah cuba mengambil-alih syarikat berkenaan pada nilai sekitar $30 juta. Untuk makluman, ketika itu Manus masih lagi belum dibangunkan, dan syarikat berkenaan sendiri masih pada peringkat awal.

Walaubagaimanapun, perkara berkenaan tidak berlaku, dan syarikat sebalik Manus sendiri menyasarkan untuk bersaing pada peringkat global berbanding di China.

Apa pun, pada masa kini, Bytedance mempunyai penawaran mereka sendiri dinamakan Doubau di China, selain turut bereksperimen dengan beberapa produk berbeza untuk pasaran global dibawah kategori chatbot AI.