Kerajaan Kelantan Hargai Tindakan Pantas PMX Arah Titi Gantung Runtuh Diganti

LocalPolitics
3 Jan 2026 • 3:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita puluhan tetamu sebuah majlis kenduri terjatuh ke dalam sungai apabila titi gantung yang digunakan oleh mereka runtuh.

Kejadian tersebut telah berlaku di Lata Rek, Kuala Krai di negeri Kelantan.

image is not available

Susulan kejadian tersebut, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan bahawa titi gantung itu diganti dengan segera dan peruntukan untuk jambatan yang baharu juga bakal diberikan kepada pihak berkaitan.

Artikel berkaitan : Malas Nak Hadap Tetamu Tak Diundang Ketika Kenduri Kahwin? Buku Tamu Digital Ini Bakal Bantu Pengantin!

Sejurus itu, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Daud menerusi satu kenyataan telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PMX atas tindakan segera beliau untuk keselamatan dan kemudahan penduduk di kawasan berkenaan.

image is not available

Dalam pada itu, difahamkan, Ahli Dewan Negeri Manek Urai dan Ahli Parlimen Kuala Krai telah mengambil langkah segera dengan turun padang dan menggerakkan tindakan awal bagi membantu mangsa serta memastikan keselamatan penduduk setempat.

Menteri Besar Kelantan juga telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai untuk menyelaras urusan-urusan berkaitan dengan unit dan agensi berkaitan untuk memastikan kerja-kerja penggantian jambatan dapat dilaksanakan dengan segera dan teratur.

Sumber: Facebook Mohd Nassuruddin Haji Daud

Sumber: Berita HarianSumber: Berita HarianSumber: Facebook Mohd Nassuruddin Haji Daud

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.