Byun Wooseok Jadi Tetamu, SBS Umum Akan Panjangkan Waktu Siaran ‘Running Man’

Entertainment
11 May 2024 • 8:57 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Byun Woo-seok akan membuat kemunculan sebagai tetamu dalam episod “Running Man” yang akan datang.

Dalam episod yang akan datang, Byun Woo-seok telah hadir ke “Running Man” sebagai tetamu dan kehadiran pelakon “Lovely Runner” itu disambut mesra oleh ahli-ahli yang lain.

Menurut sedutan yang dikeluarkan oleh SBS, Byun Woo-seok dilihat telah menunjukkan keserasian yang luar biasa dengan ahli-ahli yang lain.

Malah, keletah pelakon tersebut juga telah menghiburkan kesemua ahli serta pasukan produksi rancangan itu.

Sementara itu, SBS turut mengumumkan bahawa episod yang menampilkan Byun Woo-seok ini akan dipanjangkan dan disiarkan 5 minit lebih awal berbanding waktu asal pada 12 Mei ini.

Tak sabarnya nak tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.