Kadang kala ramai yang meninggalkan komen tanpa berfikir..
Terbaru, seorang pelakon tambahan untuk drama “Lovely Runner” iaitu Jeong Ah-jeong telah menerima mesej kebencian dari peminat drama itu.
Dia membawa watak Da-hye iaitu rakan sekolah Sun-jae (Byun Woo-seok) di mana dia menyimpan perasaan pada lelaki itu, malah cuba menciumnya. Lantas ramai membenci watak tersebut kerana dia cuba untuk merosakkan hubungan teraju utama.
Kemudian, Jeong Ah-jeong memuat naik foto bersama Byun Woo-seok di Instagram miliknya. Pun begitu, peminat meninggalkan komen mengutuk perbuatan tersebut.
View this post on Instagram
Kata mereka, wanita itu tak sepatutnya memuat naik gambar bersama Byun Woo-seok kerana ia mengganggu perhatian penonton yang menyokong hubungan lelaki tersebut bersama Kim Hye-yoon.
Tak tau ke penonton marah kalau awak muat naik gambar dengan pelakon utama begini?
Pun begitu, ramai juga yang ‘back-up’ Jeong Ah-jeong dan memintanya supaya tidak menghiraukan komen-komen tidak berfaedah itu.
Ish ish..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Pelakon Sampingan Wanita ‘Lovely Runner’ Dituduh Cuba Ambil Kesempatan Dengan Byun Wooseok first appeared on KimchiDaily.my.


