Amazon Pula Menarik Diri Daripada Penyertaan Di Mobile World Congress Kerana Kebimbangan Mengenai Koronavirus

TechnologyDigital
10 Feb 2020 • 1:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Syarikat-syarikat teknologi besar seperti Ericsson, LG dan NVIDIA sudahpun mengumumkan bahawa mereka akan menarik diri daripada menghadiri acara Mobile World Congress yang akan berlangsung tidak lama lagi di Barcelona, manakala Samsung pula masih melihat keadaan dan mengatakan bahawa mereka masih sedang berfikir mengenainya.

Terkini, Amazon dilaporkan menjadi syarikat terkini yang akan menarik diri daripada acara tersebut, walaupun mereka sepatutnya hadir dengan satu acara penuh untuk menunjukkan kebolehan-kebolehan terkini Amazon Web Services.

Walaupun dengan penarikan syarikat-syarikat besar ini, pihak GSMA yang melarikan acara ini mengatakan bahawa Mobile World Congress akan berjalan seperti biasa, dengan beberapa kawalan sekuriti tambahan untuk mengurangkan risiko jangkitan koronavirus ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved