Samsung Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra mempunyai kemampuan fotografi yang terbaik pernah kami lihat pada peranti keluaran Samsung. Tetapi perisian kamera yang digunakan mempunyai pepijat yang mengakibatkan sistem autofokusnya tidak berfungsi dengan baik khususnya apabila dalam mod zum yang tinggi. Berita baik bagi pengguna di Malaysia ialah kemas kini yang dijanjikan Samsung kini boleh dimuat turun pengguna tempatan.

Harus diingatkan ini ialah kemas kini kedua yang diberikan Samsung untuk siri S20. Pada awal bulan lalu satu kemas kini diberikan pada hari pertama peranti dijual tetapi tidak menampal pepijat autofokus. Untuk memuat turun sila ke skrin tetapan dan pilih Software Update.
