CAAM gantung lesen MYAirline selama 90 hari, tiada masalah kewangan dalam audit sebelum ini

16 Oct 2023 • 3:44 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sijil Perakuan Pengendali Udara (OAC) syarikat penerbangan MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) digantung buat sementara waktu oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berkuatkuasa hari ini di bawah peraturan 193(3), Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.

CAAM merupakan badan kawal selia teknikal bagi industri penerbangan di Malaysia dan bertanggungjawab mengawasi segala aspek teknikal pengoperasian udara memastikan semua piawaian keselamatan dan sekuriti dipatuhi.

AOC akan dikeluarkan CAAM sebagai kelulusan kepada pengendali operasi udara untuk terlibat dalam pengoperasian pesawat tertentu. Antara aspek utama yang dinilai untuk pemberian dan pembaharuan AOC adalah kemampuan pihak pengendali operasi udara untuk menjalankan pengoperasian yang selamat dan selaras dengan peruntukan spesifikasi operasi.

Audit keselamatan terperinci untuk menilai keupayaan dan kecekapan pengendali operasi udara dalam bidang pengangkutan udara komersial, operasi dan airworthiness turut dilakukan CAAM.

Audit keselamatan MYAirline tidak kesan sebarang masalah

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan CAAM, audit keselamatan ke atas MYAirline dari 29 Mei 2023 hingga 1 Jun 2023 bagi pembaharuan AOC dan ketika itu, tiada penemuan menunjukkan terdapat masalah kewangan.

Tempoh penggantungan adalah selama 90 hari bagi membolehkan audit keselamatan terperinci dijalankan ke atas MYAirline bagi menilai semula keupayaan syarikat penerbangan itu. Adakah ini bermakna, MYAirline hanya boleh beroperasi semula seawal Januari 2024?

Terdahulu, MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuatkuasa pada 12 Oktober 2023 hingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

image is not available

Keputusan penggantungan itu dibuat berikutan tekanan kewangan yang menyebabkan operasi syarikat penerbangan tambang murah itu perlu digantung digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan syarikat.

Bacaan Berkaitan: