Lesen Penerbangan MyAirline Digantung Sementara Waktu – Loke

16 Oct 2023 • 8:12 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Selepas menimbulkan kekecohan dengan memberhentikan operasinya tanpa notis, lesen penerbangan syarikat MyAirline akan digantung buat sementara waktu.

Memetik laporan Bernama, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, difahamkan syarikat penerbangan tambang rendah itu masih wujud namun hanya memberhentikan operasi buat sementara waktu untuk mencari pelabur.

Lesen penerbangan MyAirline digantung

image is not available

“Itu isu komersial MyAirline tapi pihak kami akan menggantung lesen mereka buat sementara waktu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan lori terminal elektrik pertama Malaysia kepada Unilever di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di ibu negara hari ini.

Tindakan pengantungan lesen MyAirline itu diambil susulan kejadian pada 12 Oktober lepas, yang mana syarikat penerbangan itu memberhentikan operasinya disebabkan tekanan kewangan.

image is not available

Tambah Loke, keutamaan pihaknya adalah untuk memastikan hak pengguna terpelihara dengan mendapatkan semula ganti rugi, selain isu kebajikan 500 pekerja syarikat penerbangan itu.

image is not available

“Pihak syarikat itu telah diingatkan bahawa mereka ada dua tanggungjawab dalam aspek pelanggan dan pekerja yang mereka perlu dahulukan,” ujarnya.

Sumber: Bernama