CAAM sahkan gangguan bekalan elektrik di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur

14 Feb 2023 • 10:28 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan bahawa gangguan bekalan elektrik telah berlaku di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) di Sepang, Selangor pada 1.41 tengah hari tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Kapten Norazman Mahmud berkata justeru, semua operasi kawalan trafik udara telah dipindahkan dengan segera ke fasiliti kawalan kesinambungan perniagaan sementara kerosakan teknikal itu dibaik pulih.

Beliau berkata ini akan memastikan gangguan minimum terhadap operasi penerbangan dan mematuhi Pelan Kesinambungan Perniagaan (BCP).

“Semua ketibaan dan pelepasan ke Wilayah Maklumat Penerbangan Kuala Lumpur (KL FIR) adalah tertakluk kepada pegurusan aliran trafik udara.

“CAAM kesal atas kesulitan yang ditimbulkan oleh gangguan ini kepada semua penumpang yang terjejas dan memberi jaminan tidak akan berkompromi terhadap isu yang membabitkan keselamatan serta sekuriti operasi kawalan trafik udara,” menurutnya dalam kenyataan di sini. -Bernama