Cabar Diri Anda! Kepada Penggemar Filem Seram, Ini 5 Filem Seram Thriller Turki Yang Wajib Anda Tonton

12 Jul 2022 • 1:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

#TriggerWarning. Siapa di sini penggemar filem seram?

Cabar Diri Anda! Kepada Penggemar Filem Seram, Ini 5 Filem Seram Thriller Turki Yang Wajib Anda Tonton. Bila dengar je filem ber’genre’ seram, mesti korang terbayangkan filem seram dari negara Thailand, Indonesia, Korea Selatan, bahkan juga Turki.

Haaa bila cakap pasal filem Turki ni, mesti korang ingat filem Siccin kan? Filem Siccin sangatlah popular sehingga ianya menjadi bahan bualan dalam jangka yang agak lama di media sosial.

image is not available
Cabar Diri Anda! Kepada Penggemar Filem Seram, Ini 5 Filem Seram Thriller Turki Yang Wajib Anda Tonton

Namun, tahukah anda? Selain Siccin, ada juga filem-filem lain seram yang boleh buat anda tak tidur malam! Haa betul ke? Jom kita lihat senarai filem Turki:

1

Dabbe: Cin çarpmasi/ The Posession

Filem ini diinspirasikan dari kisah benar, yang mengisahkan sihir, tangkal dan jin. Ada yang cakap filem ni lagi power dari filem Siccin! Walaupun dengan overused camcorder technique macam cerita Blair Witch Project, apa yang mengagumkan filem ini banyak insight yang powerful tentang jin dari sudut Islam.

image is not available
Cabar Diri Anda! Kepada Penggemar Filem Seram, Ini 5 Filem Seram Thriller Turki Yang Wajib Anda Tonton

Seperti filem exorcism yang lain, plot twist dia hampir sama. Tapi, pengolahan cerita dia sungguh menarik dengan endingnya yang agak.. haa korang tengok sendiri lah ye? Anda boleh tengok filem ni dekat Netflix

Korang jugak boleh tengok review dari Zhaf dulu sebelum tengok di netflix image is not available

2

Ümmu Sibyan: Zifir/ Black Mother

Sebelum ini, pernah gempar kisah tentang Ummu Sibyan iaitu jin perempuan yang mengganggu bayi dan wanita mengandung setiap kali waktu maghrib. Namun, telah dikhabarkan berita tersebut ialah palsu kerana tiada sandaran berkenaan jin Ummu Sibyan ini. Haaa, tapi filem turki Ummu Sibyan ini lain pulak plot nya.

image is not available

Filem arahan Efe Hizzir ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar sekolah menyelinap masuk sekolah untuk berpesta. Dan mereka memutuskan membuat ritual untuk memanggil roh seorang pelajar sekolah mereka dahulu.

3

Beddua: The Curse

Filem ini mengisahkan empat sekawan pada tahun akhir pengajian, namun salah seorang daripadanya jatuh sakit sehingga terpaksa diberhentikan sekolah serta-merta. Namun apa yang misterinya, kawannya jatuh sakit setelah ditemui tercedera di hadapan rumah seorang dukun.

image is not available
Cabar Diri Anda! Kepada Penggemar Filem Seram, Ini 5 Filem Seram Thriller Turki Yang Wajib Anda Tonton

Wujudnya konflik yang menyebabkan empat sekawan ini sering berselisih faham dan rasa bersalah di atas apa yang berlaku terhadap kawan yang sakit tersebut.

4

Kapidaki Sir/ The Secret At The Door

Filem ini mengisahkan seorang lelaki telah membuat perjanjian dengan kultus ajaran sesat kira-kira 200 tahun yang lalu. Namun, lelaki tersebut telah mengingkari perjanjian, atas perbuatan jahil lelaki tersebut, dia terpaksa membayar dengan nyawanya sendiri.

image is not available

Isteri kepada lelaki tersebut turut kena tempias dan dipenjarakan. Sadis! wanita tersebut terpaksa berpisah dengan anaknya bertahun-tahun. Sepanjang tahun berpisah dengan anaknya, kemarahan wanita itu semakin membuak. Akibatnya, sumpahan dari mulut wanita itu terus menyebar ke orang sekeliling.

5

Kapalak Kizi/ Kapalak Girl

Filem ini juga diinspirasikan dari kisah benar yang mengisahkan tragedi yang menakutkan menimpa terhadap seorang gadis jelita yang bekerja sebagai pekerja pembersihan sekolah dalam perkampungan untuk melihat jejaka yang dicintanya. Namun, terjadinya plot twist dan kisah hitam di sini apabila pengetua sekolah tersebut perk*sa gadis tersebut. Kejadian tersebut bukan sahaja menghancurkan impian gadis tersebut, malah menyebabkan gadis tersebut bertindak untuk mengambil nyawanya sendiri.

image is not available
Cabar Diri Anda! Kepada Penggemar Filem Seram, Ini 5 Filem Seram Thriller Turki Yang Wajib Anda Tonton

Filem ini juga menggunakan camcorder technique oleh ahli paranormal untuk menyampaikan insight berkenaan jin, ritual, dan juga mantera yang digunakan untuk sumpahan kampung tersebut.

Pernah dengar Hantu Janet? Ianya merupakan kisah dongeng jururawat di Sarawak yang diculik untuk ritual ‘Semah’. Baca pautan di bawah: