Seorang ‘rider’ penghantar makanan menjadi perhatian warganet apabila menegur tabiat segelintir pelanggan wanita yang tidak berpakaian sopan sebaik pesanan mereka tiba di lokasi.
Cabaran jadi ‘rider’
@gerab_nizam sikap manusia yang x permah berubah #grabnizam #tahuzargus #kekpisangzargus #zeromengkarungtanah #zokter
Menerusi perkongsian di TikTok, seorang penunggang e-hailing dikenali sebagai Nizam meluahkan rasa kesal kerana ramai pelanggannya kurang peka berkenaan masalah ini dengan memakai pakaian mencolok mata dan tidak menutup aurat.

“Dia macam ini lah, kalau wanita pesan GrabTaxi Holdings Pte. Ltd (GRAB), kan awak boleh tahu saya sudah sampai mana dan anggaran tiba pada waktu bila?
“Tapi kenapa awak semua tetap nak berpakaian tidak senonoh bila nak ambil makanan, hati ini rasa kecewa sangat,” kata Nizam, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Nizam berpendapat tabiat itu semakin menular dan golongan tersebut amat susah untuk ditegur malah tidak mahu berubah ke arah lebih baik.
Perkongsian itu turut mendapat perhatian daripada penghantar makanan lain dan rata-rata mereka menceritakan pengalaman sama, terpaksa berdepan pelanggan yang tidak beradab iaitu sengaja mendedahkan maruah mereka.
Malah ada juga wargamaya berkongsi tip cara mudah mengatasi masalah ini sekali gus memelihara maruah diri dan menjaga batas sebagai seorang wanita.
Siap ajak masuk minum air

Kadang keluar pakai tuala je

Senang sarung telekung je

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 210,000 tontonan dan menerima lebih 6,000 tanda suka.
Sumber: TikTok Gerab Nizam
The post Cabaran Jadi Rider! Ada Pelanggan Wanita Pakai Tak Senonoh, Siap Ajak Masuk Minum Air appeared first on Borak Daily.
