Cabaran Malaysia Pada Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 Berakhir

11 Dec 2022 • 6:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kian Meng-Pei Jing gagal meneruskan cabaran Malaysia. - Gambar fail AFP

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak mempunyai wakil di pentas final Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022 selepas dua beregu profesional negara terkandas di saingan separuh akhir, di Bangkok, semalam.

Beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing ternyata bukan tandingan kepada beregu China, Zheng Si Wei-Huang Qiong apabila tewas mudah 21-10, 21-15 dalam masa 27 minit.

Terdahulu, perlawanan petang tadi menyaksikan beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut tersingkir di separuh akhir selepas dikecewakan oleh juara dunia tiga kali dan juara edisi 2019 dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-17, 13-21, 19-21.

Beregu veteran Indonesia itu yang mendapat jolokan ‘The Daddies’ akan menentang beregu No 11 dunia dari China, Liu Yu Chen-Ou Yuan Yi di pentas final esok.

Beregu China itu mara ke final selepas mengalahkan beregu Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, 22-20, 11-21, 21-19, pada separuh akhir. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved