
SKUAD bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara perlu melakukan persiapan rapi selepas bakal berdepan tentangan sukar dalam saingan Piala Asia B-23 di Qatar pada April tahun depan.
Harimau Muda diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Kuwait dan Vietnam dalam sesi undian yang berlangsung di Doha pada Khamis.
Bagaimanapun, skuad kendalian Juan Torres Garrido itu mungkin boleh menarik nafas lega apabila tidak diundi bertemu pasukan gergasi seperti Korea Selatan, Jepun, UAE atau Qatar.
**media[2435100]**
Untuk rekod, ini penampilan ketiga Harimau Muda di Piala Asia B-23 selepas melakukannya pada 2018 dan 2022.
Undian lain menyaksikan Qatar, Australia, Jordan dan Indonesia diundi dalam Kumpulan A manakala Kumpulan B pula diisi Jepun, Korea Selatan, UAE dan China.
Arab Saudi, Iraq, Thailand dan Tajikistan pula diundi dalam Kumpulan C dalam saingan yang akan berlangsung di Qatar dari 15 April hingga 3 Mei 2024.
