Cabul Pelancong Ketika Skuba Di Sabah, Pembantu Jurulatih Selam Dicekup Polis

9 May 2023 • 9:39 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wanita itu mendakwa instructor itu mencabul dia ketika selam skuba

Cabul Pelancong Ketika Skuba Di Sabah, Pembantu Jurulatih Selam Dicekup Polis. Seorang pelancong dari China melaporkan kejadian pencabulan yang berlaku semasa sesi menyelam di Sabah.

Wanita itu mendakwa bahawa seorang pembantu jurulatih selam skuba telah mencium pipinya tanpa persetujuannya semasa mereka berada di dalam air.

image is not available
Cabul Pelancong Ketika Skuba Di Sabah, Pembantu Jurulatih Selam Dicekup Polis

Berkongsi kejadian di akaun Douyin

Difahamkan, wanita terbabit berkongsi kejadian itu di akaun Douyinnya (serupa dengan TikTok) dan memfailkan laporan polis dengan harapan pihak berkuasa tempatan akan mengambil tindakan terhadap lelaki terbabit serta mengelakkan kejadian serupa daripada berlaku pada masa hadapan.

Menurut perkongsiannya, kejadian itu berlaku pada 5 Mei lalu dan selepas kembali ke pantai, pembantu jurulatih itu berulang kali mengajaknya keluar.

Lelaki itu juga telah mencadangkan mereka meluangkan masa bersama pada malam terakhir wanita itu sebelum pulang ke China.

Beberapa tangkapan layar perbualan mereka turut dikongsi dan menunjukkan lelaki itu memaksa wanita itu untuk keluar bersamanya.

Ditahan polis susulan kejadian

Salah satu daripada chat menunjukkan lelaki itu memintanya berbohong tentang kejadian terbabit. Difahamkan, lelaki itu telah meminta wanita tersebut untuk mengatakan bahawa wanita itu yang mahukan ciuman terbabit tetapi wanita itu enggan.

Lelaki itu juga dilihat menerusi perbualan mereka untuk terus memujuknya bagi keluar bersamanya, malah menyewa kereta untuk mereka keluar bersama. Tetapi wanita itu dilihat menolak ajakan lelaki itu kerana ketakutan.

Susulan kejadian itu, lelaki terbabit dilaporkan telah ditahan polis pada 8 Mei lalu dan kes kini masih dalam siasatan.

Lagi di sini: