Cabul ‘Sumandak’ Di Tangga, Lelaki Didakwa Tidak Siuman Buat Kecoh Di Tuaran

26 Jun 2023 • 8:06 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki kurang siuman buat gangguan seksual terhadap gadis di tangga

Cabul ‘Sumandak’ Di Tangga, Lelaki Didakwa Tidak Siuman Buat Kecoh Di Tuaran. Seorang lelaki yang didakwa kurang siuman menyerang dan meraba seorang wanita di sebuah tangga rumah kedai dekat Tuaran, Sabah, Ahad lalu.

Menurut laporan, perbuatan terkutuk itu berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, yang menunjukkan penjenayah memeluk wanita itu dengan erat dari belakang ketika mangsa terduduk dan bergelut untuk melarikan diri.

Gagal meloloskan diri, mangsa kemudian dilepaskan

Selepas gagal meloloskan diri daripada pelukan lelaki tersebut, mangsa kemudiannya dilepaskan dan kelihatan individu berkenaan terus beredar dari lokasi tersebut.

image is not available
Sumber: majoriti

Difahamkan, insiden itu berlaku dalam masa 34 saat, seperti yang ditunjukkan dalam video, dan telah menerima lebih 30,000 tontonan di Facebook setakat ini.

Menerusi video tersebut, wanita itu yang memakai pakaian tradisional Sabah tidak mengalami sebarang kecederaan dan terus berdiri sebaik sahaja dibebaskan daripada serangan seksual itu.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: google

Sebuah lagi video tular berlainan hari

Sementara itu, satu lagi hantaran video tular di laman Facebook turut menggambarkan tindakan pelaku berkenaan mengganggu pekerja di sebuah premis kedai.

Mempamerkan perbuatan jelik dan tidak senonoh terhadap mangsa, kejadian itu dipercayai berlaku pada hari berlainan selepas insiden cabul tersebut.

Dalam pada itu, belum ada kenyataan polis berhubung perkara itu, dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi dengan cara yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak yang terlibat.

Baca juga artikel yang berkaitan: