[VIDEO] Siap Sembah Kereta Dan Tunjuk Jari Tengah, Netizen Risau Lihat Lelaki Berbaju Merah Di Kuching

25 Jun 2023 • 7:02 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dilaporkan bahawa kejadian berlaku di kawasan Golden Arch, Batu 3.

[VIDEO] Siap Sembah Kereta Dan Tunjuk Jari Tengah, Netizen Risau Lihat Lelaki Berbaju Merah Di Kuching. Satu kejadian melibatkan kejadian di jalan raya Kuching apabila seorang lelaki dikatakan seperti tidak siuman dan kelakuan yang tidak lazim di Batu 3.

Menerusi sebuah hantaran video beserta gambar dari Sarawak Roads Update yang tular di laman Facebook, lelaki berbaju merah tersebut mengganggu pengguna jalan raya dengan menunjukkan jari tengah dan menyembah kenderaan yang sedang parkir di kawasan lot kedai.

image is not available
[VIDEO] Siap Sembah Kereta Dan Tunjuk Jari Tengah, Netizen Risau Lihat Lelaki Berbaju Merah Di Kuching

Kejadian itu juga telah menyebabkan penumpang dalam kenderaan tersebut berada dalam ketakutan.

Rakaman video tersebut menunjukkan lelaki berbaju merah itu datang dari arah kedai dan mengganggu pemandu di kawasan tersebut. Kejadian itu juga telah menyebabkan penumpang dalam kenderaan tersebut berada dalam ketakutan.

Netizen berspekulasi bahawa individu tersebut kurang siuman, bahkan ada yang melihat lelaki tersebut tidak berbaju sedang berjalan-jalan dan baring di jalan raya semasa hujan.

image is not available

Menerusi ruangan komen, ada juga yang melihat lelaki tersebut memandu secara melulu sambil melambai-lambai. Hal ini telah menimbulkan kerisauan pengguna jalan di Kuching.

Orang ramai diminta berhati-hati dan sekiranya menghadapi situasi yang tidak selamat ketika memandu, sila hubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan secepat mungkin.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: